Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..
Bertemu semula dalam refleksi untuk minggu yang ke-3…
Sebelum tu, apa khabar semua? Hehe..
Khabarkanlah… ’ khabar hati’ itu baik-baik hendakNYA..
Baiklah, dalam minggu yang ke-3 ini saya dan rakan-rakan
yang lain telah diminta untuk membuat refleksi berdasarkan ‘video’ yang telah
dipilih oleh kami sendiri. ‘video’ yang sudah pastinya berkaitan dengan
Kecerdasan Emosi yakni tajuk mata pelajaran kami. Sebelum mengulas ‘video’
eloklah kiranya kita saksikan dan hayati dahulu apa yang tersirat dalam ‘video’ ini. Jeng…jeng… jeng…
Baiklah, berdasarkan ‘video’ ini saya dapat mengaitkan dengan IQ, EQ dan SQ yang dibawa oleh watak- watak
dalam ‘video’ ini. Pada permulaan ‘video’ tadi terdapat kanak-kanak yang sedang
bermain-main riang dan setelah itu mereka bergaduh sesama sendiri kerana
berebutkan suatu benda. Dalam hal ini, saya dapat kaitkan dengan Kecerdasan
Emosi mereka daripada perasaan gembira
bertukar menjadi marah dan huru-hara. Namun, perkara itu tidak berlanjutan
kerana apabila seorang guru memanggil mereka berserta dengan tawaran sesiapa
yang ingin mendengar kisah Nabi NUh, mereka berlari mendapatkan guru mereka
tanpa menghiraukan perkara yang berlaku sebentar tadi ini bermakna tahap EQ
pada kanak-kanak tersebut adalah tinggi. Di samping itu, mereka mempunyai IQ
yang tinggi kerana mereka mempunyai keinginan ingin belajar dan ingin tahu mengenai
sesuatu perkara yang baharu. Manakala dari segi SQ pula dapat dibuktikan
apabila seorang pelajar menasihati rakannya di dalam kelas mengenai kewajipan
sembahyang. Selain itu, ketika hujan berhenti dan matahari mula menampakkan
dirinya mereka berkumpul menyaksikan pelangi yang baru terbentuk. Salah seorang
daripada mereka menjelaskan bagaimana kejadian pelangi itu dan mereka mengucap “subhanaAllah”
tanda memuji tuhan yang Esa. Pada bahagian ini membuktikan mereka mempunyai SQ
yang tinggi kerana mereka berpengang pada sesuatu agama dan mereka mempercayai
serta mentaati. Mereka juga sedar dan tahu siapa pencipta mereka.
Kesimpulanya, semakin tinggi tahap SQ kita, semakin kita
menghargai kehidupan ini dan menikmatinya dengan ketenangan apabila SQ , IQ dan
EQ bertindak seiring.
Pengajaran melalui ‘video’ ini, kita haruslah menghargai
hidup ini sebaiknya.. mensyukuri nikmat Allah adalah satu jalan ketenangan yang
kita lalui walaupun dalam keadaan serba kekurangan, kerana ilmu itu tinggi
nilainya berbanding wang.
Sekian.

No comments:
Post a Comment