Monday, 9 July 2012

Hari itu hari Aku

Assalamualaikum dan salam ukhwahfillah
'Hari itu hari aku' waaauu.. hehe bila tuh?
 sebenarnya hari-hari adalah hari kita.. semua terpulang pada diri kita bagaimana ingin mencorakkan dan mewarnakan hari-hari kita.. 

'Baiklah' hehe...wau maju nampak..jgn bilang 'ok' hehehe nanti cik Midah marah tapi memang ada betulnya juga kita ni sebgai 'bakai guru bahasa' jadi kenalah bertutur dengan bahasa yang betul dan baku.. jadi amalkanlah selalu.. ceh! hehe peringatan untuk diri ini juga. ^__^.

Baiklah.. sebenarnya nak cerita mengenai hari Sabtu hari tu pada tanggal  7 julai 2012. Bila hari bertukar hari, bila minggu berganti minggu, bila bulan berubah bulan dan bila tahun beralih tahun maka pada hari Sabtu lepas genaplah umur saya 19thn (masih muda).
Alhamdulillah.. akhirnya hingga ke hari ini ALLAH masih beri peluang hidup kepada saya. InsyaAllah saya tak kan sia-siakan peluang ini. Dan pada hari tu, seperti lazimnya kawan-kawan banyak beri ucapan "Selamat Hari Lahir" berserta doa-doa.. sungguh terharu.. Aamin..aamin.. semoga Allah merahmati kita semua.

Pada pagi sabtu hari itu, saya dan rakan-rakan serta senior-senior pergi ke Taman Tasik Perdana. Wah..cantik tempatnya.. SubhanaALLAH!! 
Sebenarnya itu adalah satu program yang diberi nama "Jalinan Ukhwah" 
Alhamdulillah seronok.. Di samping dapat mengeratkan hubungan antara junior dan senior, terdapat pengisian mengenai "bersyukur dengan nikmat Allah beri' Allah Maha Besar! 
Pengisian yang dapat menyentuh hati saya.. antara kata-katanya.. 'Kita berada disini dengan izin Allah dapat melihat keindahan alam ciptaan Tuhan kita.. seharusnya kita bersyukur dengan nikmat ini..kerana Allah telah pilih kita pada hari ini untuk mengikuti aktiviti ini sedangkan kawan-kawan yang lain mungkin masa ini tengah tido" hmm Alhamdulillah :(
Hari itu hari aku...ya hari itu hari aku.. sangat seronok dapat kenalan baharu, ilmu yang bermanfaat.. ulang tahun kelahiran yang sangat bermakna...
  'bfday girl' hehe mereka kata..

Mari tengok hari itu hari aku...
'
'

'
V

 
Inilah kenangan yang terakam indah dalam hatiku hehehe.. macam pernah dengar wacana tuh.. hehe
apa pun sangat bahagialah..
harap dapat pergi lagi dengan kawan-kawan yang lain... InsyaAllah.

cerita belum habis lagi tau..!!
pada malam ttuh pulak..haaa... ingatkan dah habis 'bfday girl' hehe rupanya ada kejutan pulak.. terharu dengan kawan-kawan...ma kasi sangat dengan kek dan bunga mawar tuh.. i like..hehe saaaaayang kamu semua.... Ukhwahfillah...


Terimah kasih sahabatku... 

Nampaknya itu sajalah yang saya nak isi dalam blog saya kali ini..
dan pesanan saya... Hari ini dan hari seterusnya adalah hari kita.. warnailah dengan warna yang menarik yang mampu menceriakan hidup kita di dunia dan di akhirat kelak.. Aamin..
Assalamualaikum..


No comments: