Assalamualaikum dan salam 1 blog..
1 , 2 , 3 , dan 4. Nampaknya dah masuk minggu yang ke-4 ini bermakna dah sebulan saya mengenali subjek "Kecerdasan Emosi".. Harap-harap semuanya sihat dan Emosi semakin cerdas.. hehe..
Baiklah, pada minggu ke-4 ini saya ingin kongsikan beberapa elemen yang terdapat dalam Kecerdasan Emosi.
Elemen Kecerdasan Emosi
Menurut Goleman (1995), kecerdasan emosi dapat dilihat melalui lima elemen tau pendekatan iaitu kesedaran kendiri, pemantauan diri , dorongan diri , empati dan kemahiran bersosial.
- Kesedaran Kendiri
Kesedaran terhadap perasaan sendiri dan
kemampuan untuk mengenali dan mengawal perasaan itu. Tanpa kesedaran kendiri, bermakna individu itu tidak mampu membina makna hasil daripada tindakan dan reaksinya kepada persekitaran.
2. Pemantauan Kendiri
Pemantauan diri termasuklah kemampuan seseorang untuk mengawal diri, meneliti, penyesuaian diri dan inovasi. Pemantauan kendiri juga adalah aspek kebolehan individu bagi menentukan hala tuju serta kebolehan bagaimana sesuatu perkara itu boleh berlaku dan seterusnya mampu membuat keputusan bagi diri sendiri.
3. Dorongan Diri
Dorongan diri melibatkan kawalan kecenderungan emosi yang dapat memandu ataupun memudahkan pencapaian matlamat dan kejayaan seseorang. Dorongan pencapaian dan komitmen yang optimis serta innisiatif yang berterusan adalah kunci dalam menentukan motivasi dalam diri seseorang. Motivasi dalam diri pula didapati mempengaruhi fikiran seseorang bagi melakukan sesuatu kerana adanya keinginan dalam diri bagi mencapai sesuatu kejayaan.
4. Empati
Empati ialah kebolehan seseorang individu menyedari dan memahami perasaan ornag lain. Seterusnya nilai inni mampu menjalinkan perhubungan yang erat dengan pelbagai pihak. empati juga adalah kemahiran kritis yang dapat membantu seseorang menghadapi cabaran.
5. Kemahiran Sosial
Kemahiran sosial adalah tahap kemampuan pelajar mengawal emosi dalam suasana sosial. Pelajar dapat mengunakan kemahiran kesedaran kendiri, empati, pemantauan diri dan dorongan kendiri bagi memujuk, berunding dan memimpin. Kemahiran ini juga adalah satu kecekapan dalam mengawal keberkesanan dalam perhubungan antara perseorangan. Di sampin itu, kemahiran sosial yang di miliki oleh individu juga dapat mempengaruhi taktik, keberkesanan komunikasi dengan orang lain, kemahiran mengurus konflik, kebolehan pemimpin dan kemampuan berkerjasama.






