Monday, 9 July 2012

KECERDASAN EMOSI :: REFLEKSI MINGGU 1 & 2


Assalamualaikum.. 
Apa khabar semua? Harap semua dalam keadaan yang baik hendakNya.. 'khabar hati'.

Baiklah, mengenai refleksi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kecerdasan Emosi pada minggu pertama dan kedua akan saya ceritakan dalam laman ini. Pada minggu pertama, saya dapat mengenali apakah yang dimaksudkan dengan kecerdasan emosi?. Kecerdasan emosi bukan sahaja dapat dikaitkan dengan hati ataupun perasaan namun ia juga melibatkan otak. Otak merupakan organ yang penting yang mampu mengawal emosi kita. Selain itu, pada minggu pertama juga saya dan kawan sekelas telah diminta untuk menyatakan 'passion' masing-masing. Apakah itu 'passion'? menurut apa yang saya faham melalui penjelasan Puan Norihah, 'passion' adalah sesuatu perkara apabila kita lakukannya kita rasa puas hati. Pada mulanya, saya memilih passion saya adalah 'makan', sebab dengan makan saya rasa saya sangat puas hati.. bila saya rasa tertekan, sibuk, penat dan sedih saya cuma terfikir hendak makan. Dengan makan saya rasa senang hati..bukan sebab saya kenyang tapi seolah-olah ketika saya makan saya sedang berbicara dengan makanan saya sendiri dan itu yang membuatkan saya rasa puas. Kesimpulannya, pada minggu pertama ini saya dapat belajar bagaimana mengenal diri sendiri berdasarkan 'passion' masing-masing. Walaupun 'passion' yang saya pilih adalah kurang sesuai, namun saya masih mampu untuk mengenali diri saya semula dan menetapkan passion yang benar-benar mengenai diri saya.

Baiklah, seterusnya masuk pada minggu ke 2 pengajaran dan pembelajaran mengenai kecerdasan emosi, kecerdasan intelek dan kecerdasan spiritual. Kecerdasan Intelek adalah 'apa yang saya fikir?' ia berkaitan dengan otak untuk memikirkan sesuatu perkara. Seterusnya, Kecerdasan emosi ialah 'apa yang saya rasa?' dalam hal ini jantung menjalankan peranan sebagai pintu masuk perasaan kita. Perasaan pula yang melibatkan hati dan nafsu. Hati memikirkan hal yang baik-baik atau positif manakala nafsu lebih cenderung kepada hal yang negatif. Di samping itu, Kecerdasan intelek dan emosi berbeza dengan kecerdasan spiritual. Kecerdasan spiritual adalah menjawab persoalan "who am I?" sapa saya?. Ia merupakan persoalan paling pokok atau penting, membantu kita berfikir sesuatu yang memberi kebaikan untuk diri dan orang lain. Orang yang ikhlas dalam melakukan kebaikan tanpa mengharap balasan adalah orang yang mempunyai Kecerdasan Spiritual (SQ) yang tinggi manakala orang yang suka mengungkit mempunyai SQ yang rendah.

Dalam ketiga-tiga kecerdasan ini (IQ,EQ dan SQ). SQ adalah penting bagi memastikan kehidupan kita lebih bermakna dan bahagia. Hal ini kerana, sebilangan besar daripada kita ramai yang berjaya namun tak bahagia disebabkan IQ mendahului SQ. Apa yang saya dapat berdasarkan fahaman saya, saya rasa pentingnya kita mengetahui diri kita dan bagaimana tahap kecerdasan kita yang meliputi ketiga-tiganya. Di akhir pembelajaran saya cuba mengenali diri saya sendiri di mana saya sebenarnya. apa perkara yang benar-benar buat saya sakit hati bila saya kenang semula.. semua tu normal namun jika tahap emosi kita berada di tahap yang baik ia dapat membantu kita mencapai matlamat dan apa tujuan kita sebenarnya. Akhir sekali, kita hendaklah memperbaiki niat kita dan menetapkan tujuan hidup kita serta berfikiran positif. Sekian.

No comments: